Tuesday, April 14, 2009

Sawi Cina / Bak Choi sudah boleh di petik

Sawi cina kebungeek sudah membesar. Untuk phasa pertama sudah boleh untuk di petik. Nampak nya kena gembur tanah dan buat sesuatu dengan masalah semut.

Sawi cina senang sahaja tumbuh. Cepat membesar juga. Memang rekemen kepada sesiapa yang ingin menanam sayur dan mulakan dengan menanam sayur sawi cina. Cepat dapat hasil, maka bersemangat sedikit untuk bercucuk tanam.

Rasanya sawi cina sedap kalau di masak sos tiram atau buat mee goreng letak sawi ni.
Jika tidak pun masak sayur air sahaja.

Month 3 : Herba-herba


Ini antara herba-herba yang ada di tanam di laman kebungeek. Photo Yg kiri tu Thai Parsley dan kanan nya pula ialah Dill.

Di bawah ini pula ialah chives, dan kanannya italian parsley. Mula nya herba-herba ini ialah tanaman untuk hidrophonic. Tapi saya pindahkan ke tanah. Setakat ini masih hidup lagi. :)