Tuesday, August 25, 2009

Photo Journal Pokok Jagung Manis




Lambat sikit nak update KebunGeek. Pokok Jagung ni pon dah matang. Sudah boleh di makan pon. Harini nak petik.Ingat nakrebus je untuk berbuka nanti. Then sebiji nak buat benih balik. Senang lah tanam jagung. Tak cerewet. Tahu-tahu sahaja sudah berbuah.

Saturday, July 11, 2009

Update Timun.

Keciput jek timun ni. Mcm tuan die jugak. :). Tapi timun ni memang spesis kecil. Mcm pokok jagung yang ditanam jugak. Lagi seminggu boleh lah petik. Buat makan dengan nasi lemak atau buat ulam.
Pokok yang ditanam ni ada beberapa biji. Macam nak libas-libas jek kumbang yang mengacau buah ni. Satu lagi masalah semut yang memang buat tukang kebun ni kena rajin melibas-libas semut jugak.

Monday, June 15, 2009

Pokok Timun


Percubaan pertama cuba tanam pokok timun. Ada sahaja kumbang oren yang nak geget daun timun ni. Pagi tadi perasan siap berkiss kiss lagi kumbang oren kat daun timun ni. Bengang betul. Apa lg ku hayun dua -dua ekor kumbang ni kat jalan raya.

Pokok timun ni baru seminggu, keciput lagi. Daun lebat tumbuh. Buah belum ada lagi. Harap dapat lah merasa timun nya sebelum serangga oren mengkebas dulu. Wish me luck.

Tuesday, April 14, 2009

Sawi Cina / Bak Choi sudah boleh di petik

Sawi cina kebungeek sudah membesar. Untuk phasa pertama sudah boleh untuk di petik. Nampak nya kena gembur tanah dan buat sesuatu dengan masalah semut.

Sawi cina senang sahaja tumbuh. Cepat membesar juga. Memang rekemen kepada sesiapa yang ingin menanam sayur dan mulakan dengan menanam sayur sawi cina. Cepat dapat hasil, maka bersemangat sedikit untuk bercucuk tanam.

Rasanya sawi cina sedap kalau di masak sos tiram atau buat mee goreng letak sawi ni.
Jika tidak pun masak sayur air sahaja.

Month 3 : Herba-herba


Ini antara herba-herba yang ada di tanam di laman kebungeek. Photo Yg kiri tu Thai Parsley dan kanan nya pula ialah Dill.

Di bawah ini pula ialah chives, dan kanannya italian parsley. Mula nya herba-herba ini ialah tanaman untuk hidrophonic. Tapi saya pindahkan ke tanah. Setakat ini masih hidup lagi. :)

Friday, March 13, 2009

Thursday, February 26, 2009

Roses



Dhiacoco roses. Cerewet jugak nak maintain bunga rose tu utk selalu ada. Nak kena betul baja dan siram. Jauh kan nya dari sebarang serangga atau siput. Roses yang pasu kecil tu akan di pindah kan ke pasu besar hari ini. Kesian la pulak asyik kena tukar2 tanah ajek.

Wednesday, February 4, 2009

Day 2 : Benih baru dan pindah anak sayur ke tanah






Tadi siang sempat gi beli benih, baja dengan ubat semut untuk projek kebun sayur saye. Nyoya tu kata benih yang peket kecik tu cepat sikit nak cambah sayurnya. So belasah ajek la beli pak choy, cili hijau, cili merah, tomato, kobis, kailan.
Baja Organik ni kire yg baik lah utk sayur.

Monday, February 2, 2009

Yellow Iris / Iris pseudacorus

Yellow Iris ni masuk dalam kategori pokok aquatik. Terdapat lebih kurang 300 spesis pokok Iris.
Dia boleh bercampah dengan cepat gunakan batang muda pokok tu.
Bunga nya kecil warna kuning. Enam kelopak. Boleh ditanam direct matahari.



Day 1: Projek Kebun Sayur Saya


Projek kebun sayur ni adalah usahasama Dhiacoco sebagai pengusaha.
Mulanya saya telah cuba reka bentuk pelan kebun yang jenis kotak sahaja. Tapi memandang kan rasanya ingin menanam jenis sayuran melilit, oleh itu buatlah kebun berbentuk L dan dua kotak bentuk empat segi. Tanah pun sudah digamburkan. Manakala raksaksa Oltroman pon menyerang pijak tanah yang telah siap di gembur.

Sebelum itu sudah ada anak-anak pokok sayur seperti cili api, cili merah, limau kasturi, bayam dan beberapa lagi yang telah siap disemai di pasu kecil. Esok siaplah nak di pindah ke tapak kebun.